sedekah amalan mulia :)
E I K A
ABOUT ENTRY TWITER INSTAGRAM
Bila Aku Tiba
Saturday, June 22, 2013 • Saturday, June 22, 2013 • 2 comments

Ketika dilahirkan kau sekadar dialunkan dengan azan tidak disembahyangkan. ketika aku datang kau tidak lagi perlu diazankan. Tapi akan disembahyangkan.
Ketika dilahirkan, kau disiram, dimandikan dan dibersihkan. Sama juga ketika aku datang. Kau tetap akan disiram, dimandikan dan dibersihkan.
Ketika dilahirkan, mereka akan membalut tubuhmu dengan persalinan baru. Begitu juga tatkala aku datang. Akan mereka pakaikan persalinan baru menutupi setiap inci tubuhmu.
Ketika dilahirkan, kau menangis memecah keheningan. Begitu juga ketika aku datang. Suasana akan diselubungi dengan tangisan.
Ketika dilahirkan, dahi engkau menerima kucupan pertama. Dan bila aku datang, dahimu akan dikucup untuk kali terakhir.
Ketika dilahirkan, engkau menerima ramai kunjungan dengan salam ucapan kegembiraan. Dan bila aku datang, ramai kunjungan akan tiba namun dengan salam kesedihan.
Ketika dilahirkan, engkau hanya sehelai sepinggang tidak berharta. Dan bila aku datang, segala harta yang kau ada akan ditinggalkan menjadikan engkau sehelai sepinggang semula.
Ketika dilahirkan, engkau dikendong kerana belum mampu berjalan. Tatkala aku datang, engkau akan diusung kerana tidak lagi boleh berjalan.
Ketika dilahirkan, mereka di sekelilingmu akan melakukan segala-galanya kerana engkau kecil tidak berdaya. Bila aku datang, mereka akan melakukan segala-galnya kerana engkau sudah tiada keupayaan.
Ketika aku datang, akan kubawa kau ke tempat yang sempit dan gelap. Samalah sebelum engkau dilahirkan. Berada di ruang yang gelap dan sempit dalam rahim ibumu.
Tiada bezanya saat engkau dilahirkan dan ketika aku datang bertemumu. Yang berlainan hanyalah bekalan yang dibawa untuk bersama denganku. Ada yang bekalnya banyak. Gembiralah ia mengikutku. Ada yang bekalannya sedikit gusarlah ia menurutiku. Ada yang tiada bekalan langsung. Menggigillah ia menangis ketakutan untuk bersamaku.
Hati-hatilah engkau. Datangku tak kenal waktu. Tibaku tak kenal usia. Pastikan bekalan engkau cukup tika aku tiba, sewaktu aku. KEMATIAN, datang menjemputmu......

Daripada : Buku Mastika


PASTFUTURE
MY WORDS;


There's always a chance for us to be a better muslim. Allah always give us time to change. Even though tomorrow you're going to die, today you still have time to change. Nabi Muhammad s.a.w once said "If tomorrow the world ends, and you have seed in your hand, go and plant it".


>

" Exchange link with me? "

OTHERS;




KLIK KAN BOLEH?



C H A N I S H .


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Masalah berat badan?
  • Real Friends Are Always By Your Side
  • Aku Ingin Berubah :'(
  • Muhasabah Diri