sedekah amalan mulia :)
E I K A
ABOUT ENTRY TWITER INSTAGRAM
Real Friends Are Always By Your Side
Thursday, May 30, 2013 • Thursday, May 30, 2013 • 1 comments
Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum pembaca yang dikasihi semua

Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai mereka yang bernama sahabat. Atau juga dikenali sebagai teman, rakan, kawan, dan bermacam lagi gelaran. Jujur saya katakan. Kawan disekeliling memainkan peranan penting dalam hidup kita. Baik kawan kita, baiklah kita. InsyaAllah.

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”`
Tak semua kawan yang sanggup susah senang bersama kan? Lagi-lagi kalau kawan kita tu jenis yang lebih utamakan boyfriend, girlfriend dorang je kan. Ada gak kawan yang bila susah baru nak cari kita. Bukan saya hendak menyalahkan sesiapa. Saya tahu, masing-masing punya kekurangan takde yang sempurna pon. 

Semua orang ada kawan baik kan tak kesah la kawan baik tu boyfriend korang sendiri atau sapa sapa je la kan. Sama macam saya jugak, saya jugak punya seorang kawan baik boleh di katakan bff la ni kononnye hahahaha.. Bila ada masalah kompem saya akan cari dia, bukan nak story sangat masalah tu cuma nak dia buat kita ketawa balik je bila sedih. Dia memang pandai buat saya ketawa terbahak-bahak. Kalau sedih je mesti nak whatsapp dia ke call ke msg ke pape la nanti kalau dia dah start buat lawak memang saya akan gelak dan lupakan masalah tu sekejap. Sayang gila kat dia sebab dia ni jenis yang memahami. Kiteorang kawan sejak form1 sampai sekarang, hampir semua masalah saya, saya akan share dengan dia. Terima kasih Halilah sebab jadi kawan aku, kau memang gile! hahahaha.. Harap Danny jage hati kau baik-baik *ttibe je.. 

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
Sahabat yang tamak : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan  ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu 
: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Saya takkesah untuk berkawan dengan sesiapa, sebab kita sendiri boleh berfikir sama ada mahu ikut perangai kawan kita itu atau tidak. Kalau baik perangai kawan kita itu kita boleh jadikan dia sebagai contoh. Kalau buruk perangai dia janganlah kita ikut, sekiranya kita tidak berani untuk menegur biar dia fikir sendiri samada perbuatan dia tu baik atau tidak. 

Sahabat adalah kebutuhan jiwa yang perlu dipenuhi. Semua orang perlukan kawan dalam hidup dia, saya harap kawan kawan saya semua suka berkawan dengan saya. Kepada Aqila Izyani saya nak minta maaf kat awak sebab selalu sakitkan hati awak, buat awak bengang dengan perangai saya yang tak matang and gedik gedik ni. Saya mintak maaf sangat kat awak. Terima kasih juga sebab sudi jadi kawan saya dengar masalah saya semua. Terima kasih gak la sebab banyak belanje saya hehehe.. Terima kasih awak, terima kasih sangat..saya happy ada kawan yang macam awak sebab awak jujur, cakap lepas je..

Tak lupa juga kat kawan kawan sekolah , twitter, instagram, blogger semua la.. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya yang serba kekurangan ini :)




PASTFUTURE
MY WORDS;


There's always a chance for us to be a better muslim. Allah always give us time to change. Even though tomorrow you're going to die, today you still have time to change. Nabi Muhammad s.a.w once said "If tomorrow the world ends, and you have seed in your hand, go and plant it".


>

" Exchange link with me? "

OTHERS;




KLIK KAN BOLEH?



C H A N I S H .


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Aku Ingin Berubah :'(
  • Muhasabah Diri